Friday, 26 August 2011

tips 10 malam terakhir RAMADHAN .


Bismillah .
RAMADHAN dah nak sampai penghujung .
sudah cukup ke amal ibadat kita di bulan yang penuh barakah ini .
sibuk dengan kerja , assignment dan tidur bukan alasan untuk x jalankan amal ibadat di bulan RAMADHAN ini.

tadi sempat google untuk dapatkan tips untuk memenuhi malam malam terakhir RAMADHAN .
here i share it with u :)



Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
credit to : iluvislam.com
p/s : rebutlah peluang untuk menemui malam LAILATUR QADAR . mungkin RAMADHAN akan datang kita tidak ditakdirkan untuk menikmati nya lagi .
assalamualaikum . semoga RAMADHAN kita kali ini lebih diBERKATi :)

Thursday, 25 August 2011

shopaholic with roomate and girlfriends .


raya dah nak dekat .
ape lagi .
SHOPPING :)


with roomate . cik dayang . sebelum shopping snap pic :)


jalan tar yg penuh sesak ngn orang .


girlfriend di kala susah dan senang .
yaya <3


2nd gf . dentist wannabe owh .
jeah <3

:: penat shopping . duet habes =.= ::

Thursday, 11 August 2011

kembara malam .


Bismillah ..
bace tajuk je pon dah macam ape kn .
kembara malam ? siang dh xde ke cik ainaa weyh ?
nggeee..

actually, kembara malam nie untuk memenuhi kriteria subjek kembara alam yang diambil utk memenuhkan credit hour utk sem nie . dan yang x best nye apahal la korang pilih time pose ha . dah xde waktu laen ke .
waktu ramadhan nie la nk berterawih bertadarus bagai . nie x . siap ajak g kembara ke hutan nuh .

tempat : sungai samak.
masa : 10 malam.

apakah aktiviti yang dijalankan malam2 kat hutan tu?
macam2 weyh.
dan yang paling best adalah ini :
-masak nasi dalam buluh.
-masak sardin dalam tin.
dh name pon kembara kan.sardin je lah yang mampu.
dh inilah hasilnye :)


sebelum bertolak snap pic is important !


teammate yg havoc :)


bertungkus lumus memasak untuk sahur .


inilah hasilnye . nasi dalam buluh . 

p/s : next event adalah kem amali 3 hari 2 malam . harap2 best ouhh .

with love . assalamualaikum :)

Monday, 1 August 2011

birthday bash :)


hye uollss :)
selamat malam :)

pada 27 julai 2011 genaplah umur cik bakal doktor gigi iaitu NUR NAZIHAH SHUKOR 20 tahun .
jeah *nama glamour beliau* ialah salah seorang kawan saya yang paling saya sayang . jeah , sila terharu ngan aku yerr .

disebabkan pada birthday die jatuh pada cuti sem uni , aku ngn yaya serta leni merancang utk buat sambutan la untuk birthday girl sorang nie . konon nye nak buat la tepat pukul 12 malam tapi disebabkan rumah masing2 jauh dan kami hanyalah ade motor terpakse la di awalkan sambutan nye. 
*bajet party besar ko nyah . padahal buat kt taman permainan kt tj tu jer . ahaha. ape2 la.untuk best buddy kot. apepon mak x kisah.agagaga.


naseb baek la cik yaya nie keje kt kedai kek . so tempah kek kt kedai die je la.senang gitu.
dan inilah hasilnye :)


waa . birthday girl dapat kek gambar muke sendiri . korang ade ?



being's with best friends are great :)

kami bahagia dengan cara kami berkawan.walau x selalu jumpe tetapi kami sentiasa ingat satu sama laen.
ini adalah ayat yaya malam tuh :


Jom nikmati zaman muda puas-puas,


Keluar malam-malam, lepak kat kedai mamak,

Sambil layan internet,

Dan tangkap gambar banyak2 simpan sebagai kenangan.


i heart you guys so much . last but not least happy birthday jeah .

 tahun depan kite buat lagi :)