Friday, 30 November 2012

bola dan hati .

bola .
itu bulat . 
sedap disepak .
sedap dibaling .
tapi ,
bola itu banyak guna nye .
14 orang berebut nak sepak satu bola dalam satu padang .
14 orang berebut nak lambung satu bola dalam gelanggang .

bola itu ,
bila dilantun akan melambung .
bila lantunan dah takde ,
akan bergoleh lah dia .

tapi hati ,
bila dilantun ,
takkan terlambung dah .
ianya akan melambung bila dilambung .
kenape ?
sebab hati tu bukan bola .
ianya tak bulat .
tak boleh nak disepak dilambung dibaling .

jaga lah hati .
jangan biar ianya dilambung tanpa tujuan .
jangan biar ianya dilantun tanpa perasaan .
pecah berderai ianya nanti .

p/s :
apa yang aku merepek nie ?


Thursday, 22 November 2012

abah .


1 Muharram 1433H .
Abah menghembuskan nafas terakhir .
Abah tinggalkan cinta yang utuh pada mama .
Abah tinggalkan kasih sayang yang tulus pada kami adek beradek .
Abah tinggalkan kenangan yang sempurna pada mama dan anak anak .
Abah tinggalkan kami semua untuk pulang pada SANG PENCIPTA .

Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang .
Pada hari agung .
Hari di mana Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke Madinah .
Abah hijrah dari alam hidup ke alam mati .
Moga ALLAH tempatkan abah dalam golongan orang yang beriman .
Moga ALLAH jauhkan abah dari siksaan azab kubur .
Moga ALLAH jadikan liang lahad abah seperti taman syurga .
Moga ALLAH terangi liang lahad tempat abah bersemadi .
Moga ALLAH terima segala amal kebaikan abah .
Moga ALLAH terima segala amal jariah abah .
Moga ALLAH terima segala amal ibadat abah .

Abah .
Walau abah dah tiada di depan mata kami .
Tapi abah tetap di hati .
Rindu kami pada abah akan sentiasa ada .
Bila mana kami doa untuk abah ,
Bila mana kami letak abah di hati ,
Rindu itu akan terubat dengan sendirinya .

Abah .
Lelaki yang mama cinta .
Lelaki yang anak anak nya paling sayang .
Lelaki yang bertanggungjawab pada bapanya .
Lelaki yang budiman pada adek adek nya .
Lelaki yang disanjung rakan rakan nya .

Abah .
Lelaki yang tidak pernah lelah dalam melayan kerenah keluarganya .
Tidak pernah merungut dengan apa yang diminta darinya .
Tidak pernah menolak apabila diminta bantuan tulang empat keratnya .
Sentiasa ikhlas . tidak pernah keluar rungutan dari mulutnya .
Moga ALLAH redha semuanya .

Moga syurga tempat abah .
Moga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti .
Setakat ini ALLAH bagi pinjam abah kepada kami .
Abah tunggu ena along mama adek adek dekat syurga nanti .

.::.
Abah .
21 tahun abah jaga ena .
Bagi ena rasa kasih sayang abah .
Kasih sayang ayah kepada anak perempuannya .
Terima kasih atas semua yang abah pernah bagi .
Doa ena sentiasa ada untuk abah .
AL-FATIHAH .
.::.

Thursday, 8 November 2012

senyum .


Untuk awak ,
Kawan yang saya sayang .

Semalam ,
Aku datang ,
Dengan riang ,
Kau tersenyum ,
Itu buat aku senang .

Hari ini ,
Aku datang ,
Dengan duka ,
Kau masih tersenyum ,
Untuk buat aku senang .

Esok ,
Aku harap ,
Kalau aku datang ,
Dengan riang mahupun duka lagi sekali ,
Kau masih akan tersenyum ,
Untuk buat aku senang lagi sekali .

Walau ape jua cara aku datang ,
Riang , duka , hiba , gembira ,
Aku harap kau akan selalu senyum ,
Senyum itu akan buat aku senang ,
Buat aku rasa kau akan ada dengan aku .

.::.
Tak kira apa cara aku datang pada kau .
Kau akan senyum .
 Tak kira apa jua cara kau datang pada aku ,
Aku akan senyum .
.::.