1 Muharram 1433H .
Abah menghembuskan nafas terakhir .
Abah tinggalkan cinta yang utuh pada mama .
Abah tinggalkan kasih sayang yang tulus pada kami adek
beradek .
Abah tinggalkan kenangan yang sempurna pada mama dan anak
anak .
Abah tinggalkan kami semua untuk pulang pada SANG PENCIPTA .
Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang .
Pada hari agung .
Hari di mana Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke
Madinah .
Abah hijrah dari alam hidup ke alam mati .
Moga ALLAH tempatkan abah dalam golongan orang yang beriman
.
Moga ALLAH jauhkan abah dari siksaan azab kubur .
Moga ALLAH jadikan liang lahad abah seperti taman syurga .
Moga ALLAH terangi liang lahad tempat abah bersemadi .
Moga ALLAH terima segala amal kebaikan abah .
Moga ALLAH terima segala amal jariah abah .
Moga ALLAH terima segala amal ibadat abah .
Abah .
Walau abah dah tiada di depan mata kami .
Tapi abah tetap di hati .
Rindu kami pada abah akan sentiasa ada .
Bila mana kami doa untuk abah ,
Bila mana kami letak abah di hati ,
Rindu itu akan terubat dengan sendirinya .
Abah .
Lelaki yang mama cinta .
Lelaki yang anak anak nya paling sayang .
Lelaki yang bertanggungjawab pada bapanya .
Lelaki yang budiman pada adek adek nya .
Lelaki yang disanjung rakan rakan nya .
Abah .
Lelaki yang tidak pernah lelah dalam melayan kerenah keluarganya
.
Tidak pernah merungut dengan apa yang diminta darinya .
Tidak pernah menolak apabila diminta bantuan tulang empat
keratnya .
Sentiasa ikhlas . tidak pernah keluar rungutan dari mulutnya
.
Moga ALLAH redha semuanya .
Moga syurga tempat abah .
Moga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti .
Setakat ini ALLAH bagi pinjam abah kepada kami .
Abah tunggu ena along mama adek adek dekat syurga nanti .
.::.
Abah .
21 tahun abah jaga ena .
Bagi ena rasa kasih sayang abah .
Kasih sayang ayah kepada anak perempuannya .
Terima kasih atas semua yang abah pernah bagi .
Doa ena sentiasa ada untuk abah .
AL-FATIHAH .
.::.
No comments:
Post a Comment