semalam .
fynn post klip lagu untuk lelaki yang dia paling cinta .
untuk ayahanda .
lirik die buat aku menangis dalam hati .
hati aku tersentuh .
kata katanya puitis .
sejak abah 'pergi'
tiap kali baca apa sahaja berkaitan dengan lelaki bergelar abah
mula la nak menangis .
aishhhh .
tapi ,
mama dah pesan .
kalau rindu dekat abah .
doakan abah .
mengaji untuk abah .
rindu itu akan terubat .
: biar :
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
::
mana mungkin aku lupa abah .
lelaki yang paling aku cinta .
lelaki yang banyak jasanya .
lelaki yang tak pernah merungut dengan aku .
tempat nya teratas dalam hati .
moga kita ada jodoh lagi di syurga nanti .
yang masih ada abah ayah daddy papa and so on
hargailah .
ada peluang nak berbakti . buat lah bakti .
ada peluang nak berjasa . berjasalah .
jangan bila peluang itu direntap , baru nak menyesal .
.::.
dad .
a daughter's first love .
alfatihah untuk abah .
.::.
No comments:
Post a Comment