Wednesday, 19 December 2012

.

kita semua punya kawan .
macam macam pesen .

aku punya kawan ini .
dia yang pernah aku sayang separuh mati .
selepas sekolah duduk melepak hanya untuk borak borak kosong .
sebab die tidak punya ibu .
hanya aku tempat die cerita segala .
tentang ayahnya . abangnya . kakaknya . adeknya . teman2 laennye .
habes sekolah takut terpisah masuk semula sekolah .
kami ulang balek ape yang kami buat sebelum ini .
lepas habes sekolah .
lepak kedai mamak .
setakat minum teh 'o' ais segelas yang dikongsi berdua .
indah .

tapi kerana seorang manusia yang tak selesa dengan apa yang kami ada .
menabur segala cerita 'tahi'
aku masam muka .
die masam muka .
seorang ke timur seorang nun ke utara .
sedih . rupanya hubungan kami tak utuh seperti yang disangka .
jiwa kami tak kuat . 
akhirnya . strangers .
wadefakkkkk .

banyak yang aku boleh cerita tentang aku dan die .
walaupun die bukan lagi kawan yang aku sayang separuh mati ,
die tetap ade dalam jiwa .
aku remaja dengan die .

you and i ,
were are beauty in our own friendship .
like a diamond in the sky .

p/s .
bila aku dapat whatsapp dari ko .
hati aku tuhan je yang tau .
aku nak kite yang dulu .
tapi mustahil .
ko disana . aku disini .
tapi . ingat . ko ade tempat dalam hati aku .
aku harap aku juga punye tempat dalam hati ko .


Saturday, 15 December 2012

untuk yang paling aku cinta .

semalam .
fynn post klip lagu untuk lelaki yang dia paling cinta .
untuk ayahanda .
lirik die buat aku menangis dalam hati .
hati aku tersentuh .
kata katanya puitis .

sejak abah 'pergi'
tiap kali baca apa sahaja berkaitan dengan lelaki bergelar abah 
mula la nak menangis .
aishhhh .
tapi ,
mama dah pesan .
kalau rindu dekat abah .
doakan abah .
mengaji untuk abah .
rindu itu akan terubat .

: biar :


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


::

mana mungkin aku lupa abah .
lelaki yang paling aku cinta .
lelaki yang banyak jasanya .
lelaki yang tak pernah merungut dengan aku .
tempat nya teratas dalam hati .
moga kita ada jodoh lagi di syurga nanti .

yang masih ada abah ayah daddy papa and so on
hargailah .
ada peluang nak berbakti . buat lah bakti .
ada peluang nak berjasa . berjasalah .
jangan bila peluang itu direntap , baru nak menyesal .

.::.
dad .
a daughter's first love .
alfatihah untuk abah .
.::.


Tuesday, 11 December 2012

catch the dream .

assalamualaikum .
tadi blogwalking .
menjenguk blog feeza tasya kinah .
dieorang cerita pasal aim . score . and then goal .
bila baca post dieorang baru sedar dalam sebulan nie diriku ini banyak main .

dalam hampir sebulan nie .
banyak online .
banyak tengok movie .
study ikut suka hati .
revise ikut mana subjek yang suka .
oh no noooo .
tak boleh tak boleh .
kene ubah dah .

lepas nie kene fokus .
study every subject .
fokus masa kelas .
kurang kan gossip .
kurang kan cakap cakap kosong / borak saja saja .

tapiiii ,
semester nie minat fizik jer .
sebab lecturer nye .
en roszairi yang semangat waja mengajar dalam kelas + aktif .
en shahahruddin yang mengajar sampai aku faham .
kimia tengah diusahakan padahal favourite subject .
*nak DR KARTINI please :|
biotechnology okey je .
yang paling fail conservation biology .
alahai . pn lecturer . tolong semangat sikit dalam kelas .
jangan ajar saya macam saya nie suke dengar cerita dongeng semata .

okeyyy .
itu semua bukan alasan .
pilihan ada dalam tangan sendiri .
nak faham each subject kena usaha sendiri .
nak minat each subject kene pupuk sendiri .
nak score each subject kene study .

semester nie target nak grab balek first class dean .
semester lepas pointer dah jatuh tergolek dalam longkang mane entah .
semester nie kene usaha lebih .

kene mind set semula .
tuntut ilmu sebab ape .
sebab ape aku ade dekat sini .
harapan parents dekat aku .
semua kene mind set semula .



.::.
nak rajen . nak fokus .
nak rajen . nak fokus .
nak rajen . nak fokus .
.::.


Friday, 30 November 2012

bola dan hati .

bola .
itu bulat . 
sedap disepak .
sedap dibaling .
tapi ,
bola itu banyak guna nye .
14 orang berebut nak sepak satu bola dalam satu padang .
14 orang berebut nak lambung satu bola dalam gelanggang .

bola itu ,
bila dilantun akan melambung .
bila lantunan dah takde ,
akan bergoleh lah dia .

tapi hati ,
bila dilantun ,
takkan terlambung dah .
ianya akan melambung bila dilambung .
kenape ?
sebab hati tu bukan bola .
ianya tak bulat .
tak boleh nak disepak dilambung dibaling .

jaga lah hati .
jangan biar ianya dilambung tanpa tujuan .
jangan biar ianya dilantun tanpa perasaan .
pecah berderai ianya nanti .

p/s :
apa yang aku merepek nie ?


Thursday, 22 November 2012

abah .


1 Muharram 1433H .
Abah menghembuskan nafas terakhir .
Abah tinggalkan cinta yang utuh pada mama .
Abah tinggalkan kasih sayang yang tulus pada kami adek beradek .
Abah tinggalkan kenangan yang sempurna pada mama dan anak anak .
Abah tinggalkan kami semua untuk pulang pada SANG PENCIPTA .

Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang .
Pada hari agung .
Hari di mana Rasulullah S.A.W berhijrah dari kota Makkah ke Madinah .
Abah hijrah dari alam hidup ke alam mati .
Moga ALLAH tempatkan abah dalam golongan orang yang beriman .
Moga ALLAH jauhkan abah dari siksaan azab kubur .
Moga ALLAH jadikan liang lahad abah seperti taman syurga .
Moga ALLAH terangi liang lahad tempat abah bersemadi .
Moga ALLAH terima segala amal kebaikan abah .
Moga ALLAH terima segala amal jariah abah .
Moga ALLAH terima segala amal ibadat abah .

Abah .
Walau abah dah tiada di depan mata kami .
Tapi abah tetap di hati .
Rindu kami pada abah akan sentiasa ada .
Bila mana kami doa untuk abah ,
Bila mana kami letak abah di hati ,
Rindu itu akan terubat dengan sendirinya .

Abah .
Lelaki yang mama cinta .
Lelaki yang anak anak nya paling sayang .
Lelaki yang bertanggungjawab pada bapanya .
Lelaki yang budiman pada adek adek nya .
Lelaki yang disanjung rakan rakan nya .

Abah .
Lelaki yang tidak pernah lelah dalam melayan kerenah keluarganya .
Tidak pernah merungut dengan apa yang diminta darinya .
Tidak pernah menolak apabila diminta bantuan tulang empat keratnya .
Sentiasa ikhlas . tidak pernah keluar rungutan dari mulutnya .
Moga ALLAH redha semuanya .

Moga syurga tempat abah .
Moga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti .
Setakat ini ALLAH bagi pinjam abah kepada kami .
Abah tunggu ena along mama adek adek dekat syurga nanti .

.::.
Abah .
21 tahun abah jaga ena .
Bagi ena rasa kasih sayang abah .
Kasih sayang ayah kepada anak perempuannya .
Terima kasih atas semua yang abah pernah bagi .
Doa ena sentiasa ada untuk abah .
AL-FATIHAH .
.::.

Thursday, 8 November 2012

senyum .


Untuk awak ,
Kawan yang saya sayang .

Semalam ,
Aku datang ,
Dengan riang ,
Kau tersenyum ,
Itu buat aku senang .

Hari ini ,
Aku datang ,
Dengan duka ,
Kau masih tersenyum ,
Untuk buat aku senang .

Esok ,
Aku harap ,
Kalau aku datang ,
Dengan riang mahupun duka lagi sekali ,
Kau masih akan tersenyum ,
Untuk buat aku senang lagi sekali .

Walau ape jua cara aku datang ,
Riang , duka , hiba , gembira ,
Aku harap kau akan selalu senyum ,
Senyum itu akan buat aku senang ,
Buat aku rasa kau akan ada dengan aku .

.::.
Tak kira apa cara aku datang pada kau .
Kau akan senyum .
 Tak kira apa jua cara kau datang pada aku ,
Aku akan senyum .
.::.

Sunday, 21 October 2012

anak kedua .

hye .
just nak kongsi satu statement pasal anak kedua nieh .
sebab aku pun anak kedua .

#1
ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^
- aku bukan anak manja mama . anak manja abah mungkin . hehee . -

#2
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. 
semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.
kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
- yang nie kalau tanya mak aku mesti dia iyakan . errr -

#3
TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)
- eh ? macam betul je . ngeee :D -

#4
BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D
- ye kot . sebab tu aku nak balek ngan Capital H . heee -

#5
HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.
kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.
degil tak boleh toleransi.
- ehh . macam dah terkena batang hidung sendiri je nie -

#6
HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.
tp hati dia lembut.
SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.
- mungkin -

#7
BERDIKARI
Very independent.memang betul.
tp kalau terlebih independent pun payah.
mudah bergaul.very take care.
- ini memang aku . kalau tak takkan la cuti sebulan pon aku pergi cari duet sendiri -

#8
ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
- tapi sem lepas banyak group work . tapi ... -

#9
PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.
TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
- caring ? mungkin . pemaaf ? sikit kot -

#10
PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.
-up-to-date ? konfem semua nak up-to-date kan . kemas ? itu dah seharusnya :) 


: post nie dapat kat FB ye :
: yang sama dengan penyataan di atas mungkin kebetulan dan mungkin betul dan mungkin juga salah :

: anak pertama ke kedua ke ketiga ke semua nya ade kurang dan lebih :
: tak perlu nak beza bezakan :

| saya |
| anak kedua mama dan abah |
| adek kepada along | 
| kakak kepada lapan orang adek |

Saturday, 20 October 2012

perjalanan .


Saat ini .
Kawan aku dah ramai yang berdiri berlari .
Tapi aku ?
Masih merangkak .
Itu takdir aku .
Aku terima .
Tuhan tentukan ini langkah  aku .

Ramai bertanya kenape aku masih merangkak sedangkan kawan aku yang lain dah berdiri berlari .
Aku takde jawapan untuk soalan itu .
Yang aku mampu jawab ini perjalanan rezeki aku .
Iya .
Ini perjalanan aku .
Rezeki aku begini .

Hari ini aku merangkak .
Aku harap esok boleh berdiri .
Lusa aku akan berlari .

Angan angan itu akan jadi realiti .
Bila aku realisasikan .
Insyaallah .
Dan .
Ia berbalik pada rezeki .
ALLAH yang bagi rezeki itu .
Dia Yang Maha Pemberi Rezeki .
Aku percaya itu .

Monday, 1 October 2012

perjuangan .

hari ini .
1 oktober 2012 .
first paper for final exam .
*cuak weyhhhh .



kepada kawan kawan yang aku sayang ,
selamat menduduki peperiksaan akhir semester 3.
moga kita dapat menjawab dengan tenang .
moga segala ilmu yang kita dapat daripada pensyarah kita di manfaatkan .
ALLAH akan bagi setimpal dengan apa yang kita usahakan .
dah usaha jangan lupa berdoa mintak dengan ALLAH .
lepas tuh tawakkal .
ade rezeki untuk kita berjaya , kita akan berjaya .

yang paling penting .
minta restu mak ayah .
doa mak ayah .

kejap lagi .
pukul 2.30 petang .
di panggung percubaan .
paper physiology .
semoga dapat jawab dengan jayanya .
| 4 rata |
| dean list |


Saturday, 29 September 2012

untitled .


hari ini dan semalam .
emosi tak berape stabil .
menanges . menanges . dan menanges .

ini semua gara gara sistem kolej yang hancur .
apabila ditanya apa masalah nye .
masing masing tunding jari .

kerana tak dapat kolej .
kene duduk luar .
sewa rumah .

sewa rumah ?
kalau ditanya semua nak sewa rumah dengan kawan kawan .
kawan yang rapat .
tapi ape yang aku dapat ?
tak ade !
yang ade hanya shakinah .
thanks kinah sebab sudi jatuh diri duduk dengan aku nak uruskan pasal rumah sewa nie .
thanks farah . ida . nik . padahal aku tak rapat pon dengan korang .

untuk kawan kawan aku .
aku bukan marah . 
hanya hati aku tak boleh terima kot .
sebab ape ?
dah janji nak duduk satu rumah . nak itu . nak ini .
takpelah . aku sendiri cakap dekat bibo yang kite nie kene pentingkan diri sendiri .
jangan asyik nak fikirkan orang jer .
aku dapat message dari bibo .
tapi aku takut nak reply .
aku takut aku menanges macam sekarang .

aku tak reti nak cakap depan depan dengan korang .
aku takut nanti aku sakit .
sebab bila aku sakit ,
aku takut takde orang nak bagi bahu untuk aku pinjam .
takde orang nak bagi tisu kat aku .
takde orang nak pujuk aku .
hati aku keras . degil . ego tinggi melangit kot .

ini semua .
disebabkan rumah sewa !
disebabkan tak dapat kolej !

-ainaa-
-29 September 2012-
-12.39a.m-

Friday, 28 September 2012

ditinggalkan .


ditinggalkan .
aku paling fobia perkataan nie dalam persahabatan .
bila aku memilih untuk tinggalkan korang itu maknanya aku takut ditinggalkan nanti .
kenape aku takut ?
sebab rasa kene tinggal tu sakit .
pedih .
sangat . sangat pedih .

situasi saat ini .
aku memilih untuk tinggalkan kawan kawan yang panggil aku ‘mama’ .
kenape ?
sebab aku takut kene tinggal .
nanti aku takut aku banyak terase .
nanti aku takut makan dalam sorang sorang .
nanti aku kene tinggal sorang sorang kalau dieorang semua pergi keluar dating dengan pakwe dan skandal skandal dieorang.
bile kena tinggal .
nanti aku sunyi .
aku fikir bukan bukan .
fikir benda negatif lebih banyak dari positif .
aku taknak macam tu .
dan .
aku lebih memilih untuk pergi dengan kawan yang aku rasa boleh ada dengan aku masa aku senang dan masa aku susah .
yang takkan pernah tinggal kan aku .
yang akan faham bile aku cerita something .
yang akan ketawa dengan aku .
yang akan menangis dengan aku .
tapi .
itu semua hanya ape yang aku rase .
aku jugak yang akhirnye kene tinggal .
aku terase DITINGGALKAN .
rase itu perit .
pedih .
sedih .
*bye

semalam .
malam jumaat .
solat maghrib .
mengaji .
baca yassin .
mohon ketenangan dari allah s.w.t
mohon kat tuhan jangan ambil kawan yang aku sayang .
mohon tuhan tunjuk aku jalan yang mana aku patut ikut .
air mata murah sangat .
dah macam air paip .
basah telekung . menitis air mata kat al-quran .
ya allah yang maha penyayang lagi maha pemurah .
aku mohon .
jangan ambil mereka yang aku sayang .
kalau mereka memang dah tak perlukan aku .
tolong kuatkan hati aku . tolong bagi aku redha .
aku mohon .

sahabat itu ibarat mutiara .
kalau dalam timbunan pasir , mutiara itu sangat susah nak cari .
kalau dah jumpa .
hargai .
jagai .
senangi .

p/s :
moga ada baki seminggu lagi kat kolej nie sebelum masing masing pilih haluan masing masing aku hanya ingin ade rasa bahagia . aku takut nanti bahagia itu direntap .
aku rela hati aku sompek sebab nak jage hati kawan .
aku rela kene hancur macam takde harga lepas korang buat aku bahagia melangit . ini ayat perempuan yang banyak buat aku berfikir . die fynnjamal .

Thursday, 27 September 2012

college rejected .

hye .
keputusan permohonan duduk kolej keluar .
ramai yang tak dapat .
so, banyak la keluar status FB + tweet yang berkaitan dengan tajuk post di atas .
kalau dekat twitter entah entah dah boleh buat trending .
*okey . lawak tak berapa lawak .

dan inilah buktinya .

satu

dua

tiga

wahai calon calon prk yang menang bergaya .
bantulah kami mahasiswa mahasiswi UPSI nieh .
manifesto korang kan nak jaga kebajikan kami .
so, tunaikan janji manifesto kalian .
kami akan tabik anda !
kalau manifesto itu sekadar janji manis kalian jawab la masa di alam sana nanti .
peace yawww :)

p/s : 
kalau dah pihak kolej tak nak terima aku .
rumah sewa berlambak .
muehehee .
dahh .
fokus nak final :)

Sunday, 23 September 2012

final exam .

hey . 
just left one week before final . 

dalam satu minggu nie . 
banyak lagi bende nak kene buat . 
nak settle kan thinking map + reflection biochemistry . 
thinking map + reflection physiology .
test physics II . 
test physiology . 

 the most important . 
STUDY .
i wont study hard . 
i will study smart . 
owhh yeahhh :P


exam slip have been out .
jadual final nie memang buat aku nak pengsan .
*sigh .
ehh .
take a deep breath .
jangan mengeluh ainaa .
yakin dengan diri .
usaha + doa .
itu yang penting .

*jadual yang buat aku rase nak pegi tampar muka orang yang buat jadual nieh .

p/s :
have a blessed study time my dear colleague .
till then .
gonna finish the undone work .
bye .


Thursday, 20 September 2012

saya rindu awak !

heyy .
awak .
iyee .
awak laa .
saya rindu awak :'(

i miss you when something really good happens ,
because you are the one i want to share it with .
i miss you when something is troubling me ,
because you are the one who understands me so well .
i miss you when i laugh and i cry ,
because you are the one who will laugh and cry together with me .

rindu ini bukan teman .
yang merawat duka dikala kau berjauhan .
aku tak akan mencari teman pengganti .
kerana aku ingin ketawa bersama . 
menangis bersama .
aku hanya mohon tuhan jagakan dia .
doaku untukmu sayang .


#imissyou.justmissyou.

Wednesday, 19 September 2012

officially 21 y/o .

hye .
hari ini .
19 september 2012 .
genap lah umur aku 21 tahun .
alhamdulillah .
syukur pada ALLAH S.W.T 
aku maseh diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini .

umur dah meningkat .
seiring dengan peningkatan umur nie ,
aku hanya inginkan yang terbaek untuk diri sendiri .
kalau sebelum nie asal birthday je mintak macam2 hadiah.
macam macam wish list keluar .
tapi habuk pon takde .
*inisebabwishyangmemangsusahnakdapat.

dua puluh satu tahun yang lalu .
mama bertarung nyawa nak lahirkan aku .
putus segala urat nak lahirkan aku .
keluar segala darah nak lahirkan aku .
nak bagi adek untuk along .
nak dapat anak perempuan sulung .
lahirnye aku , abah azan kat telinga kanan . iqamat kat telinga kiri .
itu tanda kaseh dan sayang abah dan mama untuk anak perempuannya .

sekarang .
selepas dua puluh satu tahun .
aku harap aku dapat balas jasa mama dan abah .
berbakti untuk mama dan abah .
dapat buat macam macam untuk mama dan abah .

p/s :
ena sayang mama dengan abah .
terima kaseh jaga ena .
didik ena .
sayang ena .
*okey . dah start rindu mama abah along dengan adek adek .

owhh yeahh .
i am sweet 21 youu allsss .
*inigedik .

*wish mama untuk anak perempuannye .
terima kaseh mama .
ily <3

 *ini dari fynnjamal .
ayat yang buat aku berfikir .
yang buat aku nak berjasa untuk mama abah .
yang buat aku nak berubah jadi lebih baek .

Friday, 14 September 2012

sakitrumah


#homesick =.=

kenape ?
| nak balek jumpe abah mama along adek adek |
| rindu bau temerloh |
| emosi tak berapa stabil satu dua minggu nie |


p/s :
yeahh .
esok balek rumah !


Tuesday, 11 September 2012

sahabat vs kawan .

sahabat kenal
kerana kejujuran
kawan kenal
kerana kepuraan

sahabat kekal
kerana hormatkan
kawan kekal
kerana perlukan

sahabat tegur
kerana sayang
kawan tegur
takkan pulang

p/s : copypaste dari comment kat blog fynnjamal .
aku suka .
mohon halal tuan penulis :)

Sunday, 9 September 2012

dia .


hye . hello .

hari ini hari ahad.
9 september 2012 .
genap 22 tahun umur die .

encik H .
selamat hari jadi awak .
semoga panjang umur .
dimurahkan rezeki .
*klise wish .
HAHAA

ini untuk awak .
seiring peningkatan umur .
saya harap awak lebih berjaya .
lebihkan amal .

dan .
jangan lupe pada ibu awak .
22 tahun yang lalu .
ibu awak bertarung nyawa untuk melahirkan awak .
demi untuk memberi peluang kepada awak melihat dunia ini .
memberi peluang untuk awak bernafas di dunia ini .
hargai dia .
sayangi dia .
kerana dia awak di sini .
pergi balek .
peluk cium dia .
terima kasih kepada dia .
berjasa lah kepada dia .

lastly .
moga awak terus berjaya .
jadi engineer .
insyaallah .
jadi photographer .
alhamdulillah . dah tercapai kan .
bersyukur lah .


p/s :
be a true "HANDSOME' 22 y/o man :)

Monday, 3 September 2012

wordless monday .


today is monday .
monday is the most hated day .

no words .
just quotes .


p/s :
thanks to all of you .
i love you all .
*big hugs and kisses ;)


Friday, 31 August 2012

kehilangan :'(


dengan lafaz bismillah .

kehilangan ?
ape yang awak hilang ainaa ?
: saya kehilangan die yang bernama sahabat :
: kehilangan die tanpa pamitan :
: kehilangan die yang tak diduga :

*pause . al-fatihah untuk die :'(

kematian .
ianya adalah rahsia ALLAH S.W.T .
tak cepat sesaat .
tak lambat walau sesaat .
tidak boleh dikompromi .
tidak boleh ditawar tawar .
ianya datang tepat pada masanya .
di saat malaikat maut datang mengambil nyawa ,
maka , putuslah penyatuan antara roh dan jasad .
kakulah jasad itu .
keluarlah roh dari jasad itu .
dan yang pasti .
saat itu tiada apa yang boleh menghalang .

* pause . .

ingatlah .
kematian kita itu dari detik ke detik 
dan dari saat ke saat
justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
tidak dijanjikan kematian kita disebabkan sakit
 ada orang mati kecil
ada orang mati muda 
ada orang mati tua
kematian bila-bila masa boleh berlaku
kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas
agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan
hendak membangun, membangunlah
tapi ingatlah waktu itu boleh mati
hendak maju, majulah, 
tapi kematian boleh berlaku di waktu itu
hendak kejar kekayaan kejarlah,
tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati
ingatlah mati di dalam sebarang hal
agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Tuhan
bila jiwa takut dengan Tuhan
Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal .

kematian die .
membuat aku berfikir .
bermuhasabah .
sudah cukupkah amal untuk dibuat bekal di sana nanti ?
cukup sediakah aku untuk menghadapinya ?
cukupkah segala yang diperlukan ?
astagfirullah .

awak .
saya minta maaf kalau saya pernah ada salah dengan awak .
saya tau dalam gurau senda kita 
saya banyak kali buat awak terase .
buat awak terguris .
buat awak marah .
buat awak macam2 .
maafkan saya awak .

*cry :'(

awak .
moga awak tenang disana .
moga segala amal awak diterima .
moga awak diberkati .
moga awak ditempatkan dalam kalangan yang beriman .
akan saya doakan awak tiap kali selepas solat .
akan saya sedekahkan bacaan suci AL-QURAN untuk awak .
insyaallah .

arwah muaz :'( 
lepas nie takde dah die nak senyum macam nie .
moga awak tersenyum bahagia di sana .

p/s :
perginya awak membuat saya kehilangan sahabat lelaki yang terbaek pernah saya ada .
membuat saya insaf .
membuat saya berfikir tentang kematian .
yang pasti awak tak ade ganti .
AL-FATIHAH :'(

Thursday, 30 August 2012

capital H .


bismillah . . 

i want him like i have on the past .
saya dan die .
kawan.teman.sahabat.dan istimewa.
hanya die.
dia.
dia.

*pause . breath in hardly .

awak.
saya rindu dengan awak nieh.
awak dengar tak ?
dengar tak ?
 tolonglah dengar :|

*pause . tears drop :’(

awak .
awak still same macam dulu .
mata sepet .
senyum ade lesung pipit .
rambut pacak tak berapa pacak .
dan kurus .
kurus ? ye . awak memang kurus .
ohmeyy . saya jealous taw .

awak .
tolong .
give positif respon kat saya .
tolong .
kalau saya je berharap tolong sedarkan saya .
tolong .
tolong .
supaya saya boleh sedar diri .
ini semua mungkin mimpi .
kalau ianya mimpi ,
tolong .
bangunkan saya dari mimpi ini .
supaya nanti saya tak jatuh terduduk .
supaya nanti saya tak terdiam membisu .
supaya nanti saya tak menangis tersedu .

*pause . du’a to allah to have you .

: saya tahu hati saya :
: hati saya nak awak :
: awak sahaja :

cukup setakat ini .
rasa hati .
sedih . berharap . kecewa .

Tuesday, 28 August 2012

girlfriends vs open house - PART I -


hye peeps .
salam ke - 10 syawal .
masih dalam mood raya ?
untunglah .
i must OFF my raya mood as a lot of upcoming test :|
ohmeyyy .

ehh.
sebenarnye nak ceriter pasal what's happen on the raya day .
especially with the girlfriends .
haa . lame gler dh x jumpe ngan girlfriends yang nie .
masing - masing further study tempat jauh - jauh .
ade kat sarawak .
terengganu .
perak .
and yang sorang ade terlepas ke UK .
bkn ulu klang tp united kingdom okeyh .

let's the pic tell the story .


the girlfriends .
fuzah is not in the picture.
so do leni :|


open house rumah jeah .


lovely isah the cun driver <3



ain yang memang suke bergaya dengan wedges ntah bape inci .
tapi it's okeyh . i love her .



heart both of them <3
lepas nie lepak kl jangan lupe ajak aku okeyh :)